Sejarah


Sejarah SJKC Labis

Pendahulu kepada sekolah ini adalah Sekolah Pei Zhi , sekolah swasta awal yang terletak di kawasan kediaman jalan Muar, dengan bilangan pelajar yang hanya 8 orang sahaja. Bahasa pengantar sekolah ini pada masa itu ialah bahasa Hokkien. Murid-murid perlu membayar yuran sekolah. Dari tahun 1917 hingga 1924, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Ia menyewa kedai atau rumah atap sebagai bilik darjah dan terpaksa berpindah dari satu bangunan ke bangunan yang lain mengikut keadaan seperti bilangan yang semakin bertambah atau masalah tuan rumah yang hendak mengambil balik semula rumahnya.

Awal tahun 1925, Tan Hoon Boan menderma sebidang tanah berukuran 3 ekar di Jalan Tenang untuk sekolah Pei Zhi. Atas kerjasama dan derma penduduk kampung ini, sebuah bangunan sekolah telah didirikan di tapak ini. Pada tahun 1927 bilangan pelajar yang semakin meningkat, sekolah ini masih tidak dapat menampung pelajar yang kian bertambah bilangannya. Oleh sebab itu, sebuah lagi sekolah iaitu Sekolah Hua Kiaw telah ditubuhkan di Jalan Pasar yang menyewa kedai sebagai bilik darjah.

Pada tahun 1942, Perang Dunia Ke-II telah meletus, Jepun menyerang Malaysia, sekolah ini terpaksa ditutup. Sehingga selepas kemerdekaan pada tahun 1946, Sekolah Pei Zhi dan Sekolah Hua Kiaw telah bergabung menjadi sebuah sekolah dan diberi nama Sekolah Tiong Hua. Sekolah ini bertapak di Jalan Tenang.

Pada tahun 1949, peningkatan bilangan pelajar dan sekolah membuat pengembangan sebanyak tujuh buah bilik darjah. Semasa pembinaan tambahan dijalankan, murid murid dipindah ke tingkat atas Persatuan Chung Hwa dan kelas bengkel juga dipinjam untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Awal tahun 1950, murid-murid berpindah ke kelas baru.

Bilangan pelajar meningkat lagi pada tahun 1952 dan mengakibatkan kelas sedia ada tidak mencukupi, tetapi bersyukuran dengan mendapat bantuan Kementerian Pendidikan sekolah telah diperuntukkan ke lokasi sekarang dan mendapat banyak kutipan dan dermaan daripada pnduduk tempatan untuk membina sekolah baru di lokasi baru. Kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 7 ekar di Jalan Segamat dan memperuntukkan lebih kurang $10 000 untuk mendirikan bangunan sekolah.
 Pada tahun 1953, bangunan sekolah telah siap dibina. Sebuah sekolah yang berbentuk besar dengan bilik darjah dan auditorium bata telah siap. Murid-murid sekolah Tiong Hua pindah ke bangunan ini. Pertengahan tahun, murid-murid berpindah ke sekolah baru dan dinamakan semula sebagai Sekolah Labis. Sekolah ini mempunyai 23 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah dewan.

Pada tahun 1956, sekolah ini menerima bantuan sepenuhnya daripada kerajaan dan menukar nama menjadi S.R.J.K (C) Labis. Pada tahun 1958, sekolah ini menerima subsidi kerajaan, dan menamakan semula nama sekolah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Labis. Pada tahun 1967, satu lagi lonjakan bilangan pelajar. Pada tahun 1972, penduduk Labis menderma 2 buah bilik darjah lagi. Pada tahun yang sama, kerajaan memperuntukkan tiga ribu ringgit untuk membina padang sekolah, kantin dan bilik tandas.

Pada tahun 1969, tambahan empat buah bilik darjah. 1972, membina dua bilik darjah lagi dengan dermaan daripada masyarakat. Dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM 300,000.00, sekolah dapat meluaskan taman permainan, kantin dan kemudahan kebersihan. Pada masa itu, pihak berkuasa bersetuju bahawa kira-kira dua ekar tanah di belakang sekolah dimasukkan ke dalam skop sekolah dan menjadikan sekolah mempunyai hampir sepuluh ekar.

Pada tahun 1980, sekolah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, pembinaan sebuah bangunan dua tingkat sekolah dan kantin. Pada tahun 1982, sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi bilik guru, pejabat, bilik guru besar, bilik muzik dan perpustakaan telah dibina. Pada tahun 1983, oleh kerana kelas asal sangat tua dan lama, Kementerian Pendidikan meluluskan untuk pembinaan bilik darjah tambahan. Pada hujung tahun 1986, Kementerian Pelajaran meluluskan sekolah untuk membina sebuah bangunan tiga tingkat, dengan 10 bilik darjah dan perpustakaan. Pada tahun 1988, sebuah bangunan tiga tingkat yang mengandungi 10 bilik darjah dan sebuah perpustakaan telah didirikan dan mula digunakan pada tahun itu juga.

Pada tahun 1990, dengan bantuan PIBG, pengumpulan masyarakat tempatan mentubuhkan Jawatankuasa Pembinaan Dewan untuk membina auditorium. Mendapat sambutan meriah dan kemurahan hati orang ramai, dan derma dari Menteri Pengangkutan Datuk Lim Liang Shi sebanyak RM200,000 dan dermaan dari Encik Chen Pu Ti RM150,000. Pada masa itu, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1800.

Pada tahun 1991, sebuah dewan baru mula dibina. Pada tahun 1992, SJKC Labis mempunyai sebuah dewan yang terbesar dengan mempunyai gelanggang badminton di daerah segamat.

Pada tahun 1999, sekolah bersyukur menerima dua kali pembiayaan kerajaan untuk membina empat buah bilik darjah. Tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini, anak-anak muda semakin meniggalkan kampung dan mendirikan keluarga di pusat bandar telah menyebabkan bilangan pelajar merosot kepada kira-kira 1300 orang. Walaupun begitu, PIBG sekolah masih tidak lupa untuk meneruskan pembangunan sekolah, secara beransur-ansuran menuju ke arah teknologi maklumat. Hari ini, kakitangan sekolah menjalankan pentadbiran dengan menggunakan komputer, guru menggunakan komputer, pelajar mengikuti kelas komputer.

Pada tahun 2001, dengan bantuan Menteri Pengangkutan YB Tun Dr Ling Leong Sik, sekolah kami mendapat pembiayaan kerajaan sebanyak RM 140 juta untuk membina sebuah bangunan tiga tingkat. Bangunan baru siap dibina pada tahun 2002 dan mula digunakan sebagai bilik darjah murid dan bilik kemudahan.

Pada tahun 2011, bangunan baru yang bertingkap empat siap dibina dan mula dipergunakan. Bangunan baru dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin pada tahun yang sama. Hari ini, sekolah mempunyai bilik darjah yang mencukupi untuk menampung bilangan murid-murid dan semua murid boleh belajar pada satu sesi yang sama. Mulai tahun 2012, masa persekolahan  SJKC Labis hanya dijalankan pada sesi pagi.